Sabtu, 26 Mei 2012

Salam Perkenalan

Cinta  budak-budak ofis…ramai aku dengar dan lihat isteri orang bercinta dengan laki orang…laki orang bercinta dengan isteri orang..masuk alam pekerjaan ..perkara ini banyak terjadi…kata orang bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..kalu dua-dua tak gatal perkara ini takkan terjadi…apakah faktornya berlaku..mungkin kurang kasih sayang dari pasangan masing-masing….tiada kepercayaan dan kesetiaan diantara pasangan…...HAH..Lantak diorang lah..aku mls nak ambil port..buat tambah dosa je yang dah bertimbun-timbun…Cuma mampu aku berdoa semoga Allah jauhkan aku daripada perkara-perkara ini…

Ya Allah…jauhkanlah aku dari perkara ini.dekatkanlah hatiku dan dia dengan keredhaan-Mu Ya Allah….tanamkan kesetiaan dan kepercayaan dalam diri kami..Alhamdullillah,aku dikurniakan seorang suami yang sangat memahami diriku..Dulu aku takut nak kahwin diatas kegagalan perkahwinan orang tua aku..aku benci ayah aku..aku benci pada insan yang bergelar LELAKI..Lelaki bagi aku sama je..

Tetapi syukur ke hadrat Ilahi..perkenalan yang tak pernah dirancang…yang diatur oleh seorang kawan…niat hanya untuk memainkan perasaan lelaki itu diatas percintaan pertama aku yang tak tahu kesudahannya….hah dah ade niat tak baik tu kat orang…bermula dengan SMS sebagai perkenalan..telefon sebagai pengikat kasih…hehehe..

Fisrt time jumpa pada Syawal 2006..dia datang rumah aku dengan seorang kawannya..aku telah mencabarnya kalu benar-benar nak kawan..datanglah rumah jumpa my family..tak sangka plak dia betul2 datang..dengan seorang kawannya..aku dengan hati berdebar-debar..cuba buat selamba dek..muka langsung tak mekap..buat air pun sejuk…hahahah ( bila aku tanya balik macamane rupa aku waktu tu..dia kate muka aku macam hantu ).

Maka bermulalah cinta kami..aku masa tu kerja kat Putrajaya..dia plak duk kat Terengganu….Cinta Jarak Jauh…kadang-kadang sebulan sekali baru jumpa..telefon juga jadi penghubung kami…Pada satu hari dia bawak aku jumpa keluarga dia..berdebat Tuhan aje yang tahu..malu,takut semua ade..bila mak dia tahu dia taknak kami kawan lame-lame..suruh kahwin cepat-cepat..aku plak belum bersedia lagi nak jadi isteri orang….dia plak bagi kata dua kat aku..kalu nak buat cepat-cepat,takboh tangguh lama-lama…disebabkan terlalu sayang aku pun ambil keputusan tu..KAHWIN…

Tanggal 10 Mei 2007 aku sah bergelar isteri kepada Mohd Kamrul Zaman bin Musidi..maka terjalinlah ikatan suami isteri diantara pemilik rusuk kiri ini..
5 bulan berjauhan sebagai suami isteri amat menyeksakan..aku masih tidak dapat ditukarkan lagi..tapi alhamdullilah masuk 2 bulan perkahwinan kami aku  telah mendapat khabar berita gembira…aku disahkan mengandung. Syukur ke hadrat Ilahi..dengan rezeki yang diberi…hampir 4 bulan mengandung..berulang alik setiap 2 minggu menaiki bas dr Putrajaya ke Terengganu..Terengganu ke Putrajaya..betul-betul menguji kesabaranku..dengan alahan lagi tapi mujurlah tak seteruk alahan daripada kawan-kawanku yang kudengar sampai tak boleh bangun…kena masuk hospital dan sebagainya..baby dalam kandungan pun tahu agaknya yang ibu dan abahnye berjauhan..jadi dia baik2 saje…

Akhirnya 4 November 2007 aku telah ditukarkan ke Terengganu..Alhamdullillah..syukur kehadrat Ilahi… balik cni aku tinggal kat umah mak die..sb abg aku ni kerja sendiri buat kat rmh mak dia..sementara cari tempat yang sesuai aku duk lah ctu dulu buat sementara..sementara tak sementara juga..hampir 4 tahun jugak aku duk kat rumah tu..tapi mujurlah keluarga mertua aku  baik….kami dah jumpa tempat yang sesuai nk duduk sekali ngan buat bengkel lagi…maka berpindahlah kami ditempat yang terlalu banyak memberikan memori..suka dan duka…aku yelah sekejap je duk ctu..abang aku yang 30 tahun duk kat ctu..sedihlah jugak die.. tapi biasalah kan…adam anak aku yang sulong pun tanye kenapa kite nak pindah..itukan rumah kite die kate…budak2 yang tak mengerti apa-apa..die suka duk kat ctu sebab ramai yang layan die..bawa die pergi jalan-jalan….tapi aku dah jelaskan pada die itu rumah Tok Ki dan Tok Ma..kite tumpang je duk ctu..bila keluarga dah makin besar kite kenalah cari rumah lain plak..kita bina keluarga kita sendiri..masa nielah ibu dan abah nak belajar hidup berdikari…belajar hidup sendiri…tapi pindah pun tak jauh. depan tu jugak hehehehe…hari-hari boleh pergi dan jumpa…sekarang nie pun adam duk ngan Tok Ma jugak…

Isnin, 21 Mei 2012

Puding Gula Hangus

hari ni aku cuti..cuti peristiwa..hehehe,peristiwa antara aku dan ank aku...ahahaha,mengarut jelah..aku cuti sb mak mertua yg jaga anak aku ade kerje ckit..so aku cuti lah...dlm cuti2 ni sempat lagi buat puding gula hangus...niat nk buat hr jumaat br ni tp xjadi so ade mase ari ni maka terjadilah Puding gula hangus...erm sedap jugak...nk buatnye pun tak susah mane..alhamdulillah..rezeki Allah.

nie resepi untuk Puding gula Hangus....:)

Bahan-bahan :
3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat
7 biji telur ayam
1 cawan air

Cara-cara:
1. Mula-mula cairkan gula dlm loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula itu kekuningan. Pastu bila dh cair..lenggang2 loyang biar gula itu rata.
2. Kepuk telur sampai berbiuh pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata...baru masukkan air.
3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi..boleh kukus sampai masak. Kukus tu dlm 45 minit gitulaaa...
4. Bila dah sejuk telangkupkan..bolehla dijamu untuk keluarga...

Selamat Mencuba....

Sabtu, 19 Mei 2012

Sesuci Cinta Khadijah

Hakikat cinta itu sering teruji
Sering dilanda badai duniawi
Menguji kuatkah cinta di hati
Kukuhkah ikatan yang terpateri
Dia menjadi lambang cinta suci
Kekasih sejati Nabi terpuji
Tak pernah lekang dari bibir dan hati
Mulianya dia seorang serikandi
Darinya lahir putera dan puteri
Zuriat penyambung keturunan Nabi
Diberi didikan tauladan Islami
Membesar menjadi pembela diri
Darinya lahir semangat memberi
Harta dinafkah ke jalan Ilahi
Tidak pernah takut miskin diri
Tetapi bimbang miskinnya rohani
Hanya mengharap balasan syurgawi
Dia wanita suci lagi terpuji
Dialah Khadijah lambang wanita sejati
Isteri Nabi yang paling dicintai
Juga yang paling dirindui
Tak pernah ada pengganti
Layakkah kita menjadi sepertinya?
Mencintai Rasul sepenuh hati
Tak pernah ada ragu dalam diri
Memenangkan Nabi tiada yang ditakuti
Meski tak boleh menjadi serikandi
Cukuplah sekadar  sayap kiri
Membantu perjuangan para mujahid dini
Yang merindui syahid di jalan Ilahi
Peganglah duhai muslimah sejati
Walau sedikit semangat Khadijah isteri Nabi
Moga kita mampu memujahadah diri
Bangkit membela demi cinta Ilahi
Demi mendapat syafaat Baginda Nabi
Moga Islam kan terus  dijulang tinggi 

Selasa, 15 Mei 2012

ofis..ofis..

Minggu nie seminggu big boss aku xde kat ofis...outstation kat kolumpo..hehe,mood nk buat kerja pun kureng..malas melanda..keje banyak tapi time ni la nak rehat..tapi mane yang penting dan nak segera telah aku selesaikan...dengan mohon peruntukan tambahan..anggaran perbelanjaan mengurus bagi tahun 2013 telah aku siapkan seorang diri...ingatkan ade KETUA boleh membantu tapi bulat2 serah kat aku...nasib ko la..entahlah cerita same je..malas aku nk cakap panjang psal die...insyaallah berkat kesabaranku dan sinar bagiku akan menjelma...Amin.

Khamis, 10 Mei 2012

Selamat Ulangtahun

10 Mei 2012...ia datang lagi..tarikh istimewa bagi aku..tarikh ini mengubah kehidupan aku..tarikh ini aku telah diijabkabulkan dengan seorang lelaki bernama Mohd Kamrul Zaman Musidi...tarikh ini aku sah menjadi isteri kepada beliau...Alhamdulillah hampir enam tahun menyulam cinta bersama dia kami dikurniakan sepasang cahaya mata..Adam dan Qisya...penguat cinta kami..Smoga kehidupan sentiasa dilindungi oleh Nya..dimurahkan rezeki kami dan hidup sentiasa diberkati...tanamkan perasaan cinta diantara kami dengan redha-Mu Ya Allah...Amin.

assalamualaikum...

selamat datang



ke laman cinta kau dan aku...antara aku dan dia...dua hati menjadi satu...dalam ikatan cinta..